Sunday, 29 April 2012

SAYE KASIAN SAMA PAKLANG.............. bapak kepada Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, 55 tahun, dah bernikah kali kedua di selatan thai empat tahun lalu. tapi bapak mentua dia (bapak bini dia tu ler) masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya. bapak mentua Raisuddin ni, Suberi Abdullah, 51, berkata yang Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan dia namun tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah, 25. “Selain itu, mereka tidak sepadan dari segi umur dan ia melibatkan maruah keluarga saya,” kata Suberi Abdullah ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu. “Siti Fatimah beritahu saya bahawa Raisuddin mahu berjumpa dengan saya. Saya jumpa dia di sebuah kedai makan di Ukay Perdana, Ampang dan Raisuddin cakap dia dah kahwin dengan anak saya. Saya beristifar,” katanya. Suberi seterusnya memberitahu, Raisuddin tidak menunjukkan sebarang dokumen yang boleh membuktikan perkahwinan tersebut telah berlaku. Pada keterangan lain, Suberi mendakwa Raisuddin ada menyatakan hasrat untuk meminang Siti Fatimah untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya. “Raisuddin kata pada saya, Pak Lang (panggilan saksi) kalau boleh saya nak pinang anak Pak Lang ini dengan anak saya. Waktu itu, saya kata anak saya masih lagi belajar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

RUMUS MENGETAHUI JATUHNYA MALAM LAILATUL QADAR

Menurut Imam Al Ghazali Cara Untuk mengetahui Lailatul Qadar bisa dilihat dari permulaan/hari pertama bulan Ramadhan : 1. Jika hari pertama ...